Saturday, April 2, 2016

Lupa password email ! Ini cara penyelesaiannya jika anda pernah save password di Google Chrome

Lupa lagi password !!! adoiiii
Terlampau banyak aplikasi yang memerlukan kita membina kata laluan menjadikan kekadang kita terlupa kata laluan. Tabiat sebenarnya membuatkan perkara ini sentiasa berulang. Tabiat suka mempelbagaikan kata laluan dengan impian akan ingat kata laluan itu kemudian hari. Walhal...langsung lupa..haha.  Tetapi kalaulah kita seragamkan kata laluan..mungkin perkara ini tidak akan berlaku. Mudah saja.

OK...bagi yang sudah terlanjur, di sini saya tunjukkan satu teknik mendapatkan kembali password tuan puan yang hilang dari ingatan di Google Chrome. Caranya:


1. Buka Google Chrome


2. Klik Setting



3. Taipkan perkataan "password" di kotak carian
4. Pilih menu "manage password"
5. Satu tetingkap akan keluar (seperti di bawah) yang memaparkan semua id dan password kita yang pernah kita setkan "remember password"


6. Password kini ada di depan mata...yang bertanda ........... Klik pada titik tu akan terpampang password anda berdasarkan laman web tertentu.
7. Jika komputer anda di pasang password...masukkan password yang dikehendaki.





No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda untuk sebarang pertanyaan