Thursday, December 8, 2016

Cara Hilangkan Line Merah di Bawah Teks Microsoft Word

Assalamualaikum...

Selama ini kita menaip di Microsoft Word perasan tak akan ada line merah secara automatik di bawah teks. Seperti di bawah:




























Masalah timbul bila kita hendak besarkan paparan untuk present dalam kelas. Akan kelihatan line merah ini dan sakit mata memandang. Di sini saya kan tunjukkan tutorial untuk menghilangkan line merah di bawah teks Microsoft Word.


Langkah 1:  Klik Ctrl + A


Langkah 2:
Klik 'Review' ==> klik 'Language' ==> Klik 'set proofing language'


Langkah 3:
Tanda tik pada kotak 'do not check spelling or grammar'.


Selesai: Tengok perbandingan sebelum dan selepas.









Monday, October 17, 2016

Cara Tukar Nama Wifi

Adakalanya tanpa disedari wifi kita telah dicuri atau diguna pakai oleh pihak lain. Jadi apa jalan penyelesaiannya? Di sini saya tunjukkan cara untuk menyelesaikan masalah ini. Ikutkan tidak habis pun streamyx kita, cuma kekadang bila banyak penumpang, kenderaan kita akan jadi lebih berat.

Langkah:
1. Buka mana-mana web browser seperti Mozilla Firefox, Chrome atau Internet Explorer dan taipkan di ruangan alamat laman (atas) dengan alamat http://192.168.1.1

2. Masukkan Modem Usernama: tmadmin dan Modem Password: tmadmin juga
3. Mesti klik Login..jika klik enter memang tak berkesan..

4. Pilh Quick Setup di sebelah kiri
5. Pada ruangan Protokol pilih PPPoE yang mana kalau jiran-jiran nak hack password (curi guna wifi) susah la sikit dia nak jumpa password kita. 
Connection mode biarkan ia LLC.
6. Bila klik PPPoE akan keluar sambungan di bawah yang mana kita perlu memasukkan Streamyx Id kita....jeng jeng jeng..yang ni mungkin ramai yang tak ingat. Saya masa abang TM datang buat connection streamyx dulu ada tulis di kertas dan tampal di dinding id beserta passwordnya sekali...
7 Setelah memasukkan Id dan Password klik next dan akan dibawakan ke laman seperti di bawah:

8. Masukkan nama wifi kita di ruangan SSD atau anda rasa hendak menukar nama wifi boleh menukarnya terus di sini. Seterusnya masukkan password asal pada network key atau boleh menukar password wifi yang baru. Ruangan Channel biarkan Auto. Kemudian klik next.
9. Klik save.
10. Selesai...cuba connect wifi anda menggunakan nama dan password baru yang dimasukkan tadi. 
11. Selamat mencuba.


Sunday, October 9, 2016

Cara Kreatif Buat Perangkap Tikus

Gelisah dengan gangguan tikus di rumah atau premis anda. Video di bawah menunjukkan beberapa jenis perangkap tikus buatan sendiri menggunakan bahan buangan seperti botol air mineral. Saksikan video di bawah.

Sunday, October 2, 2016

Tanaman Kacang Panjang

Tanaman kacang panjang antara yang termudah. Letak dalam bekas semaian atau terus semai di atas batas.

Dalam tempoh sebulan inilah hasilnya. Sudah mula mengeluarkan hasil. 

Saturday, April 2, 2016

Lupa password email ! Ini cara penyelesaiannya jika anda pernah save password di Google Chrome

Lupa lagi password !!! adoiiii
Terlampau banyak aplikasi yang memerlukan kita membina kata laluan menjadikan kekadang kita terlupa kata laluan. Tabiat sebenarnya membuatkan perkara ini sentiasa berulang. Tabiat suka mempelbagaikan kata laluan dengan impian akan ingat kata laluan itu kemudian hari. Walhal...langsung lupa..haha.  Tetapi kalaulah kita seragamkan kata laluan..mungkin perkara ini tidak akan berlaku. Mudah saja.

OK...bagi yang sudah terlanjur, di sini saya tunjukkan satu teknik mendapatkan kembali password tuan puan yang hilang dari ingatan di Google Chrome. Caranya:


1. Buka Google Chrome


2. Klik Setting



3. Taipkan perkataan "password" di kotak carian
4. Pilih menu "manage password"
5. Satu tetingkap akan keluar (seperti di bawah) yang memaparkan semua id dan password kita yang pernah kita setkan "remember password"


6. Password kini ada di depan mata...yang bertanda ........... Klik pada titik tu akan terpampang password anda berdasarkan laman web tertentu.
7. Jika komputer anda di pasang password...masukkan password yang dikehendaki.





Cara rotate slide Powerpoint

Kekadang kita membuat suatu presentation menggunakan Powerpoint..normalnya paparan slide adalah horizontal. Rasa nak tukar mode buat slide potrait pulak. Di sini saya akan tunjukkan cara pusing atau rotate slide menjadi potrait.

Kaedah:

1. Ruangan Design > Pilih slide size (belah kanan) > klik dan pilih costume slide size>pilih potrait>
akan keluar  pop up seperti gambar ke 5...pilihlah mana satu ikut kesesuaian>gambar ke 6 menunjukkan keadaan slide selepas di tukar kepada bentuk potrait. Sekian.

1). Ruangan Design
























2). Pilih slide size (belah kanan)





















3) Klik Slide Size dan pilih costume slide size

Saturday, January 23, 2016

Mewarna di atas pelbagai permukaan KSSR Seni Tahun 2

Assalamualaikum....
Amat sesuai untuk perkembangan minda kanak-kanak seusia 8 tahun melakukan aktiviti mewarna lukisan di atas pelbagai permukaan.
Berdasarkan modul KSSR Pend. Seni tahun 2, tajuk yang disarankan ialah "Gosokan" di atas permukaan.

Objek yang digunakan di sini ialah robot mengikut kandungan modul. Print atau photostat aje...
Untuk mendapatkan robot berkenaan sila klik link download ini ....>>>>download robot<<<<


Antara permukaan yang di sarankan ialah:

  • atas meja
  • atas lantai simen
  • atas permukaan cermin bilik darjah (menggerutu)
  • atas kayu
  • atas tikar buluh
berikut antara gambar yang di ambil semasa murid melakukan aktiviti dan juga hasil yang diperolehi..