Tuesday, December 1, 2015

Percutian Menyejukkan di Cameron Highlands

Orang kata di Cameron dah tak sejuk. Panas sebab banyak bukit dah digondolkan. Tapi aku sekeluarga pergi tempoh hari 26 Oktober 2015 merasai sendiri pengalaman dan ternyata kenyataan tersebut meleset. Sangat sejuk sehingga terpaksa beli sarung tangan. Fuh... mungkin bulan tengkujuh kot.. tapi pada hari berkenaan tiada hujan lebat cuma mendung dan hujan renyai-renyai.
Jom ikuti serba sedikit perjalanan kami ke Cameron Highland..

PERANCANGAN
  • tarikh perjalanan
  • penginapan
  • tempat hendak dilawati
  • makan minum
Pilih tarikh perjalanan
Kami memilih tarikh yang dirasakan agak sesuai iaitu hari Khamis 26.11.2015 dalam musim cuti sekolah hujung tahun. Mengapa Khamis ? sebab Khamis adalah hari bekerja dan logiknya tidaklah ramai pengunjung ke sana sebab masing-masing bekerja. Maklumlah Cameron Highland pergi silap pilih hari...tension sangat sebab jammmmmm....Sebagai guru aku ambil peluang musim cuti ni untuk ke Cameron Highland. Alhamdulillah perjalanan kami lancar sebab tiada kesesakan di atas bukit...puas hati.. berbanding lawatan pertama kami pada cuti Hari Kebangsaan yang lepas, hari Ahad pulak tu. Innalillah punyalah sesak teruk...hanya sempat ke Teh Valley dan Lavender sahaja...nak naik atas tak larat lagi nak tempuh jammmm..... 

Penginapan
Pencarian penginapan jangan dibuat main-main. Alah 'walk in' jer. Ok rezeki baik punyer ada bilik penginapan. Cuti sekolah tak boleh buat teka silang kata gitu. Belajarlah jenguk-jenguk Agoda, Trivago, Booking.com, google homestay Cameron atau laman-laman lain yang seangkatan dengannya... percayalah lebih murah dan lagi selamat. Selamat apa? Selamat tak sakit kepala cari penginapanlah. Pernah baca pengalaman blogger pergi Cameron tanpa cari penginapan terlebih dahulu. Jumpa tapi setelah berhempas pulas, letih dan membazir. Membazir masa, tenaga, dan wang ringgit. Biasanya kalu dah tension cari hotel mesti terpaksa ambil kalau jumpa pun. Tu pu yang mahal...... maunya 300 400 satu malam. Kami dah siap tempah melalui Agoda...Holiday Accomodation Cameron Highlands.

Kami sewa 1 malam sahaja. Apartmen kami bukan yang dalam gambar ni tapi apartment di belakang hotel. Cantik rekabentuknya. Memandangkan kami pergi 4 dewasa dan 6 kanak-kanak so kenalah ambil apartment. Kalau bilik mesti sesak tak pun kena ambil 2 bilik. Tips nak jimat, ambil apartment satu bilik dan sila bawa "narita atau toto, bantal dan selimut siap-siap. Takpe penginapan ni private skit sebab kita parking kereta depan rumah dan tak perlu melalui lobi hotel bagai... bawalah nak bawa katil pun tak ada orang kesah...gambar penginapan ada di bawah. Fasiliti dalaman masih lagi terbaik...boleh bagi rate 8/10. Water heater mesti buka suis 30 minit awal. Kalau tak...sejuk airnya tak boleh mandi.

permandangan hadapan rumah...park kereta bawah rumah..sempoi macam rumah sendiri

setiap blok ada 3 lot parking


permandangan belakang rumah


view indah di belakang aprtment kami...dari bukit nilah datangnya angin yang membekukan tidur malam kami...... wajib bawa baju panas

Tempat menarik untuk dilawati di Cameron Highlands
Untuk perjalanan yang lebih berbaloi kami mengambil keputusan untuk serve tempat-tempat menarik untuk dikunjungi melalui Google. Jadi tidaklah nanti kami membuang masa ke sana ke sini tanpa arah tujuan yang pasti. Jimat masa dan tenaga sebenarnya. Bila semua perancangan sudah siap di senaraikan maka untuk mudah lagi perjalanan gunakan aplikasi Google Maps atau Waze. Bukan apa Cameron ni untuk newby memang akan ada kekeliruan...contoh nak pergi Big Red Strawberry, kena masuk dalam dan mungkin terlepas sign board atau lagi teruk jalan nak menuju ke Boh Teh Plantation. Lagi haru. jadi sediakan payung sebelum hujan. Di sini saya senaraikan antara tempat yang kami sempat lawati:

1. Boh Teh Plantation, Sungai Palas
Memandangkan kami naik ke Cameron melalui Simpang Pulai jadi kami memilih destinasi pertama untuk dilawati sebelum check in ialah Boh Teh Plantation, Sungei Palas. Berhampiran Brinchang dah tempat ni. Lorong menuju ke ladang ni agak tidak masuk akal. Kelihatan seperti naik ke kawasan pembalakan. Mendaki tempat ini pada awalnya kelihatan di kiri ada rumah setinggan seperti rumah pekerja dan jalan menuju ke ladang teh ini adalah jalan sempit muat-muat sebiji kereta dan jika ada kereta dari hadapan masing-masing wajib bertolak ansur beri laluan. 
sempit
macm nilah jalannya...ok tak. Jangan risau ada ruangnya kalau kita bertimbang rasa...gambar ni aku google x sempat rakam hari tu...kredit kepada pemilik gambar
Menyelusuri jalan ini tidaklah seteruk mana kerana pandangan kita akan beralih tumpuan kepada keindahan permandangan tanaman teh di lereng bukit sepanjang perjalanan. Ada tempat untuk berhenti dan bergambar. Tapi kalau jalan sesak baik lupakanlah berhenti tepi jalan bergambar kerana akan menambahkan lagi kesesakannya. Ingatkan boleh bawa kereta sampai atas seperti Ladang Teh Valley, rupanya parking di bawah dan boleh merasai pengalaman mendaki bukit ke puncak. Kalau warga emas yang sakit lutut atau ada masalah jantung rasanya tidak sesuai untuk naik. 

tu dia puncak

amacam..ada berani

2. Big Red Strawberry Farm
Destinasi kedua kami selepas Boh Teh plantation dan check in ialah ladang strawberry pulak iaitu Big Red Strawberry, di pekan Brinchang. Namanya dah menambat hati sebenarnya. Kuasa penjenamaan.
Big Red Strawberry ni istimewa sangat kerana masuknya percuma, tempat parkingnya banyak, jika di bawah penuh di atas masih banyak dan luas lot parkingnya. ada pekerja yang akan info tentang parking. saranan-baik parking atas tak susah jalan daki bukit..Apa yang istimewa lagi di sini ialah pengunjung boleh tengok beraneka tanaman bukan hanya strawberry. Antara yang lain termasuklah kaktus, bunga, sayur dan restoran berasaskan strawberry. Strawberry sundae..fuh!! meleleh. 
RM7.90 termasuk GST
Kalau nak beli strawberry di sini berbaloi jugak. Ada tempatnya. Bukan di restoran atas tu tetapi di gerai bawah. Kalau di restoran harganya ada yang RM5 satu paket tapi buahnya kecil. Buah besar RM10 sepeket. Tetapi jika di gerai bawah, kedai cina yang jual cenderahati boleh dapatkan strawberry RM5 buah yang besar-besar. Settle di sini setelah usha-usha, bergambar dan pekena sundae kami bertolak keluar. Jalan keluar dari sini cukup menakutkan. Masuk tadi jalan lain, keluar jalan lain. Baik test break kenderaan siap-siap. Macam main roller coaster.



3. Pasar Malam Brinchang
Keluar sahaja dari Big Red kami ronda-ronda sekitar Tanah Rata hajat nak pergi ke Mardi, tetapi memandangkan waktu dah hampir gelap dan Mardi tutup operasi pukul 6 petang, jadi kami batalkan perancangan ke Mardi dan menuju ke destinasi yang memang ditungu-tunggu iaitu Pasar Malam Brinchang. Apa lagi shopping la. Sayur mak ai..8 paket RM10. Pernah beli di Green Park 4 paket RM10. 2 kali ganda tu. Cenderahati berlambak, bantal strawberry, makanan dan sebagainya. Kami memilih beli makan malam bungkus dari sini balik makan di rumah. Makanan pun sedap-sedap di sini ada lamb chop RM15, sayur dan cendawan celup tepung , keropok, jagung rebus, bakar dan sebagainya. Cuaca di sini sejuk yang amat. Pastikan bawa baju panas terutamanya anak kecil pakaikan baju tebal dan stokin serta sarung tangan RM4 ada jual di sini. 





4. Lavender Garden
Persinggahan sambil balik kami ialah Lavender Garden. Tepi jalan je taman ni. Memang senang cari tempat ini. Untuk masuk ke sini akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak. Kalau hendak merasai suasana seperti luar negara boleh la masuk sini dan bergambar disekeliling bunga-bunga cantik dan postkan di fB korang dgn caption new zealand holiday...haha

5. Ladang Teh Valley
Destinasi terakhir kami ialah Ladang Teh Valley tepi jalan on the way balik melalui Simpang Pulai. Singgah sini bergambar dan beli teh serta sambil-sambil minum teh secawan. Rasai sendiri kenikmatan teh segar dari ladang. Rasanya biasa sahaja. Cuma rugi kalau pergi suatu tempat tu kalau kita tidak merasa juadah tempatan kan....mahal pun sanggup bayar. Itulah adat pelancong.












No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda untuk sebarang pertanyaan